Jutawan Selepas Hampir Seabad Terima Nota Einstein


Catatan tulisan tangan Albert Einstein telah dijual pada £1.18 (RM6.56 juta) juta menerusi sesi lelongan baru-baru ini. Pakar sains fizik itu mencoretkan kata-kata nasihat dalam bahasa Jerman mengenai kebahagiaan dan kejayaan.

KEHIDUPAN yang tenang dan sederhana akan membawa lebih kebahagiaan berbanding mengejar kejayaan serta keresahan yang dihadapi dari semasa ke semasa

Ketika menulisnya, beliau tidak mempunyai wang untuk memberi tip kepada petugas di hotel, jadi ahli sains itu menyerahkan coretan itu sebagai ganti sambil berkata ia akan lebih bernilai jika pekerja hotel itu menyimpannya.

Kira-kira 100 tahun kemudian, ternyata ramalan Einstein benar apabila nota itu menjadikan anak saudara lelaki pekerja hotel itu seorang jutawan apabila dia menghubungi pusat lelongan untuk menjualnya. Hasil tulisan tangan Einstein itu ditulis ketika menginap di sebuah hotel di Tokyo pada 1922, selepas dimaklumkan bakal menerima Hadiah Nobel dalam bidang fizik. Keep Reading →

Kisah Imam Syafi’i dengan Pendebat


Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafi’i lalu bertanya, “ Mengapa iblis yang diciptakan daripada api dan kemudian ia diseksa pula dengan api ?”

Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti ( dihimpit ) dengan tanah. – Imam Syafi’i

Imam Syafi’I berfikir sejenak. Kemudian, beliau mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkan ia kepada lelaki itu. Lalu, kelihatan tanda – tanda sakit dan marah pada air muka lelaki itu.

Apabila melihat keadaan itu, Imam Syafi’I bertanya kepada lelaki itu, “ Adakah kamu berasa sakit ? “
Lelaki itu menjawab, “ Ya, saya berasa sakit.”

Imam Syafi’I pun berkata, “ Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti ( dihimpit ) dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab. Tetapi dia faham dengan maksud kata – kata Imam Syafi’I. Begitu juga dengan keadaan iblis. Ia diciptakan oleh Allah s.w.t. daripada api dan ia juga akan diseksa dengan api.

Nasihat daripada Anak yang Berpelajaran Tinggi

nasihat salah daripada pakar
Dia ialah seorang bapa yang gigih, bekerja kuat siang dan malam. Dia menjual sosej dan burger di tepi jalan untuk membiayai anaknya agar mendapat pendidikan tinggi di universiti luar negara. Dia meletakkan pendidikan sebagai agenda nombor satu keluarga.

Namun dia seorang yang buta huruf. Jadi dia tidak pernah membaca surat khabar. Dia juga seorang yang pekak. Jadi dia tidak pernah mendengar radio sementara matanya rabun, jadi dia tidak pernah menonton televisyen. Oleh sebab itu, penjual sosej dan burger ini langsung tidak tahu apa – apa yang berlaku di luar sana.

Atas kerja kuatnya, perniagaan tepi jalannya itu berkembang pesat. Penjualan dan keuntungannya melonjak tinggi. Dia memesan lebih banyak daging, membeli sebuah lagi dapur yang bagus dan besar serta mendapatkan seseorang untuk membantunya kerana bisnes yang semakin baik. Kemudian, anak lelakinya yang baru menamatkan pengajian di universiti turut membantunya sementara mendapatkan pekerjaan di bandar besar.

Anak lelakinya bertanya kepadanya, “ Ayah, tidakkah ayah sedar bahawa ekonomi meleset akan tiba?”
Ayahnya membalas, “Tidak. Beritahulah ayah mengenainya. “

Si anak berkata, “Situasi antarabangsa sudah teruk. Di dalam negara lagi teruk. Kita perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan masa kegawatan kelak.” Keep Reading →

Penggunting Rambut dan Tuhan

penggunting rambut
Satu hari seperti kebiasaannya, seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.

Beliau akan memulakan perbualan bersama – sama dengan si pengunting rambut yang melayannya. Mereka berbual mengenai banyak perkara.

Hari itu, mereka tiba – tiba menyentuh mengenai topik ketuhanan. Kata si penggunting rambut, “Cubalah lihat wahai sahabatku! Aku tidak percaya akan kewujudan tuhan seperti mana yang kau katakan.”

“ Mengapakah kau berkata begitu?” tanya si pelanggan.

“Oh, ia sangat mudah! Kau hanya perlu keluar dari sini dan kau akan sedar bahawa Tuhan tidak wujud. Beritahulah aku. Jika Tuhan itu wujud, mungkinkah ada ramai orang yang sakit? Mungkinkah ada kanak – kanak yang terbiar? Jika Tuhan itu wujud, mungkin tidak ada kesengsaraan mahupun keperitan hidup di mana – mana. Aku tidak dapat menerima bahawa Tuhan menginginkan semua ini terjadi.”

Pelanggan itu diam seketika untuk berfikir tetapi tidak membalasnya demi mengelakkan terjadinya pertelingkahan. Apabila si penggunting rambut menyelesaikan tugasnya, maka pelanggan itu pun melangkah keluar dari kedainya. Pelanggan itu ternampak seorang lelaki berambut panjang dan janggut yang tidak terurus di jalanan. Lelaki itu seolah – olah membiarkan janggut dan rambutnya tidak dipotong untuk jangka waktu yang lama hingga ia kelihatan tidak terurus.

Kemudian, pelanggan itu melangkah masuk ke dalam kedai gunting rambut itu semula dan berkata kepada si pengunting rambut. “Kau nak tahu? Tukang gunting rambut tidak wujud.”

“Mengapakah kau katakana bahawa mereka tidak wujud?” tanya si penggunting rambut kehairanan. “Bukankah aku ada di sini dan akulah penggunting rambut?”

“Tidak!” tingkah si pelanggan. “Mereka tidak wujud. Jika mereka ada, mungkin tidak ada seorang manusia pun yang berambut panjang dan berjanggut seperti lelaki di seberang jalan itu.”

“Oh, penggunting rambut memang wujud. Yang terjadi hanyalah orang tersebut tidak datang kepada kami,” jawab si penggunting rambut penuh yakin.

“Tepat sekali.” Pelanggan itu mengiyakan kata – kata si penggunting rambut sambil tersenyum. “Itulah inti patinya. Tuhan memang wujud. Apa – apa yang terjadi adalah kerana manusia tidak pergi kepada-Nya dan langsung tidak mencari –Nya. Keep Reading →