Buat Universiti Sendiri

tan_sri_dr_limkokwing

Satu-satunya universiti yang guna nama orang kat dunia, universiti apa ? Senam minda sikit. Ya betul, Universiti Limkokwing, dibangunkan oleh Tan Sri Lim Kok Wing, sebijik nama dia kan ? Orang boleh buat universiti guna nama dia sendiri, apa ke halnya orang nak sibuk kita pilih universiti apa dan di mana untuk belajar.

Bahkan, universiti ni adalah universiti yang pertama di dunia dan kekal unggul, ditubuhkan oleh seorang bernama Lim. Sekarang ada cawangan di Hong Kong, Bali, Borneo, Botswana, Kemboja, China, Lesotho,  bahkan di United Kingdom, student dia ada dari serata dunia, teras penubuhannya adalah inovasi dan kreativiti, yang sekarang ni menjadi teras kemajuan Malaysia iaitu inovasi dan kreativiti.

Orang lain buat universiti kita tak sibuk, yang kita sibuk orang masuk universiti. Sibuk cari sebab kenapa orang tu pilih universiti tu tak universiti ni. Ada jugak orang yang kerjanya macam tu.

Orang kita sibuk pada sesuatu  yang tak payah dia sibuk pun. Orang buat universiti dia tak sibuk, bahkan satu-satunya universiti kat dunia yang guna nama orang dan orang itu sendiri yang tubuhkan. Pasal apa tak sibuk ? Pasal orang tu bukan bangsa kita. Kita ni tulah, kalau bangsa kita yang buat, memang teruk kena hentam.

Realitinya kehidupan kita ni memang sejak dulu, khianat, hasad dengki, cemburu, dengki hati memang ada. Kepada semua orang ingin maju, teruskan usaha anda, pada orang yang suka tengok orang maju, berhentilah buat agenda. Hidup bukan lama…

Sumber: Buku Jom Menjadi-Jadi