Bos Kilang Daging Terperangkap Dalam Stor

kilang
Ada seorang wanita bekerja sebagai bos kilang daging. Pada satu hari selepas waktu bekerja wanita tersebut masuk ke dalam bilik khas membeku daging untuk melakukan pemeriksaan.Semasa sedang khusyuk memeriksa tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup dengan sendiri.

Sehubungan dengan itu, wanita tersebut cuba untuk membuka pintu bilik pembeku tersebut tetapi gagal. Beliau cuba berteriak untuk meminta pertolongan namun tiada seorang pun yang mendengar sebab semua pekerja kilang telah pulang. Suhu bilik pembeku daging yang semakin sejuk memaksa wanita tersebut untuk mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri namun semuanya gagal.

Akhirnya wanita tersebut penat dan tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa. Setelah lima jam berada di dalam bilik tersebut,wanita itu terbaring dan semakin mengeras kesejukan namun masih bernyawa.Dalam keadaan nyawa- nyawa ikan, tiba-tiba dia ternampak pintu bilik itu dibuka, wanita itu cuba untuk membuka mulut meminta tolong tetapi dia sangat lemah dan hampir beku..

Rupa – rupanya, sekuriti kilang daging itu telah datang dan membantu wanita tersebut.
Dipendekkan cerita,setelah sihat sepenuhnya,bos wanita tersebut bertanya kepada sekuriti bagaimana dia tahu bahawa ada orang terperangkap di dalam bilik pembeku itu..

Sekuriti itu menjawab setiap hari puan datang ke kilang puan akan tegur saya dengan ucapan selamat pagi,hello dan ayat- ayat yang baik-baik sahaja. Sebelum puan keluar dari kilang pun puan akan berkata jumpa lagi esok dan sebagainya.

Setiap hari puan tidak jemu untuk menegur saya sementara mereka yang lain seolah olah tidak nampak kehadiran saya di pintu pengawal ini. Sehingga la pada hari ini, saya perasan tidak ada perkataan jumpa lagi esok dari puan, jadi saya menjangka sesuatu yang buruk tentu telah berlaku kepada puan.

Saya mencari puan sebab perkataan yang puan ucapkan kepada saya bagaikan memberi semangat dan motivasi kepada saya tetapi hari ini saya seolah- olah ada sesuatu yang tak kena sebab itulah saya mencari puan..’ wanita itu sangat terharu dan berhutang nyawa ke atas sekuriti tersebut.

Oleh itu, biarlah kita mengucapkan ayat-ayat yang baik-baik kepada orang lain setiap hari walau di mana jua, tidak kira walaupun kepada seorang ‘cleaner’. Sebab setiap yang kita lakukan itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Siapa sangka kebaikan dan keikhlasan kita itu bukan saja dikenang orang lain tetapi juga boleh menyelamatkan nyawa kita sendiri seperti dalam cerita diatas.

ps: Gambar tiada kaitan dengan kilang daging ok. 🙂