Berfikiran Secara Positif

Berfikiran positif akan membolehkan minda kita mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Oleh hal yang demikian,ia membuatkan perkara yang sukar kita lakukan menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insya ALLAH rezeki pun akan meluas.

Fikiran-fikiran positif itu adalah seumpama doa yang berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea- idea positif akan melahirkan tindakan –tindakan yang positif. Tindakan – tindakan positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Semoga kita sentiasa dapat mengamalkan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian.

Diubahsuai daripada Buku Membina Jati Diri Gemilang.