Ayat – ayat Cinta

fokus minda yang salah

Salam Sejahtera…

Menulislah dengan hati, kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Tetapi, bagaimana caranya menulis dengan hati? Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca setia laman sesawang klinik motivasi tentang ayat – ayat cinta dengan mencuit hati saya.

• Dalam cinta, manusia akan memikirkan dahulu kesenangan, sebelum memikirkan kesulitan.
• Cinta aku akan membuatkan dia buta.
• Cinta membuatkan aku lupa siapa aku dan dia lupa berkenaan siapa dia.
• Cinta tidak melalui akal, ia datang terus ke hati.
• Perasaan cinta itu fitrah insan.
• Menidakkan cinta di hati, aku tidak mampu.
• Dengan cinta, engkau jadi berani, engkau hilang malu, dan mengetepikan akal.
• Cinta itu sifatnya optimistik, dinamik, dan juga harapan.
• Cinta mempunyai kuasanya tersendiri, samada membawa aku jauh ke depan atau undur ke belakang.
• Cinta perlu dikawal dengan akal dan iman.
• Setiap manusia, cinta itu dipandang berbeza- beza.

Saya menulis artikel ini kerana dalam ‘pemerhatian’ saya dalam laman sosial WeChat. Terlalu banyak ayat – ayat cinta antara lelaki dan perempuan ingin berkahwin. Nak diikutkan hati, kumpul ayat – ayat cinta itu sudah boleh tulis sebuah buku.

Sebenarnya, dalam ‘carta organisasi’ perhubungan sesama manusia ibu bapa letaknya yang tertinggi selepas Rasulullah. Dan ibu bapa adalah antara sumber kebahagian kita, baru lah isteri dan anak –anak. Selepas itu barulah keluarga terdekat dan rakan – rakan.

Minda kita kalau diisi dengan ‘sampah’maka menjadi ‘sampah’ lah kita. Bukan tidak boleh untuk bercinta kerana cinta itu fitrah insan tetapi fokus itu mestilah betul. Jangan sebab kekasih hati tinggal ibu bapa.
Sekian untuk kali ini.