Adakah Populariti Penting untuk Orang Bisnes ?

bisnes-popular
Dulu-dulu perkataan ‘popular’ dan ‘populariti’ hanya digunakan apabila bercakap tentang ahli-ahli politik, penyanyi, dan bintang filem. Dulu-dulu, populariti adalah di luar jangkauan orang biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang foto dan cerita mereka masuk media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio.

Pada hari ini teknologi media sosial menjadikan semua orang berhak menjadi popular. Populariti kini adalah modal sosial yang sangat berharga dalam dunia bisnes. Orang bisnes pun, khususnya yang masih muda-muda, bersungguh-sungguh belajar bagaimana mahu membangunkan populariti mereka dalam media sosial. Nak jadi pendakwah pun kena popular sekarang ni. Lebih senang menjual bila semakin popular.

Popular penting untuk bina pengaruh. Pengaruh penting untuk bina pengikut tegar dan setia serta ianya sangat penting bagi orang bisnes. Bangunkan ‘personal branding’ dan lakukan ‘free cost marketing’ Peranan media sosial sebagai alat kerja orang bisnes semakin hari semakin penting. Kita mesti belajar strategi, teknik, dan seni menggunakan media sosial bagi memulakan dan mengembangkan bisnes kita.

Kita perlu melakukan eksperimen demi eksperimen bagi mengetahui bagaimana penggunaan media sosial dapat menghasilkan ROI yang dimahukan. Semua orang mesti melakukan eksperimen sendiri. Ini kerana kita mempunyai agenda kita sendiri, yang belum tentu serupa dengan agenda orang-orang lain.

Supaya mudah difahami apa yang disebut dengan istilah ‘agenda’ apabila kita menggunakan media sosial sebagai business tool, saya gunakan contoh di bawah ini:

Media Sosial Salesman. Tugas salesman adalah menjual. Justeru, salesman menggunakan media sosial bagi tujuan meningkatkan angka-angka jualannya. Itulah agenda salesman. Atas faktor itu, mereka perlu menunjukkan dalam media sosial apa barang-barang yang mereka jual.

Justeru salesman mengumpulkan banyak followers. Tujuan dia melakukan itu kerana dia mahu menjual kepada followersnya. Andai kata dia menjual botol susu, dia akan kumpulan followers dalam kalangan ibu-ibu muda. Konten posting FB yang sesuai adalah topik-topik yang relevan dengan ibu-ibu muda. Andai kata dia menjual bakul katil tidur kucing, dia akan kumpulkan followers daripada kalangan peminat kucing. Konten FB yang sesuai adalah khusus untuk kelompok itu.

Media Sosial Businessman. Kita orang bisnes, kita bukan salesman. Menjual bukan tugas kita. Itu tugas salesman yang kita ambil bekerja dalam syarikat kita. Sebagai orang bisnes, kerja kita adalah mengembangkan bisnes-bisnes kita. Inilah agenda orang bisnes. Bisnes dapat dikembangkan apabila networking sosial dan networking bisnes kita bertambah banyak dan bertambah luas. Kita menggunakan media sosial bagi menambah dan meluaskan networking kita.

Dalam bahasa orang biasa, kita menggunakan media sosial bagi tujuan berkenalan dan berkawan-kawan dengan followers kita. Manalah tahu suatu hari nanti dari dalam kalangan followers kita itu akan muncul individu-individu yang relevan dengan keperluan perkembangan bisnes kita. Dengan agenda yang demikian, segmen mereka yang menjadi target followers adalah sangat terbuka.

Konten yang sesuai adalah konten yang menaikkan integriti dan kredibiliti kita sebagai seorang businessman. Dengan menulis konten seperti itu followers kita dapat menaruh kepercayaan bahawa kita adalah businessman yang lurus dalam menjalankan bisnes kita.

ps: Diedit dan diubahsuai dari – Puan Ainon Mohd