8 Sifat Persamaan Orang Yang Berjaya oleh Richard


8 sifat persamaan yang ada pada semua orang yang berjaya oleh Richard St.John

1.Passion ( Minat Yang Mendalam )

Karakter orang berjaya yang pertama adalah melakukan sesuai apa yang dia cintai.
Ataupun sesuatu yang ada didalam hatinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya. Sesuatu yang dapat membangkitkan tenaga apabiLa dia lakukannya. Sesuatu yang dia sanggup lakukan walaupun secara percuma.

2.Work ( Bekerja )

Orang yang berjaya, akan bekerja untuk mencapai impiannya. Bukan sekadar bekerja untuk kelangsungan hidup. Malah dia sangat sukakan kerja yang dilakukan, kerana kerja tersebut dilakukan dengan sepenuh hati. Kerja bukan dianggap sebagai kerja, tetapi kerja adalah hobi, jika itu adalah perkara yang kita cintai atau perkara yang kita miliki minat yang sangat mendalam.

3.Fokus

Orang yang berjaya adalah orang yang mampu dan berupaya untuk memberikan
fokus kepada apa yang dia kerjakan ataupun ke atas perkara yang dia telah putuskan untuk lakukan. Dia meletakkan sepenuh komitmen ke atas sesuatu perkara yang telah dipilih ini.

4.Push (Pandai Menolak dan Mendesak Diri Sendiri)

Orang yang berjaya mempunyai kekuatan dalam untuk menolak dirinya atau mendesak dirinya untuk mencapai matlamatnya. Perkara inilah yang tidak dimiliki oleh orang yang tiada matlamat untuk berjaya.

Semestinya apa yang mempengaruhi perkara ini adalah keinginan yang kuat dan sebab kenapa kita mesti capai impian kita? Jika kita tidak mampu menolak diri kita, adalah sukar untuk kita berjaya di dalam hidup.

5.Idea
Orang berjaya adalah orang yang berani menjadikan ideanya sebagai satu realiti. Dia berani bertindak dan sangat percaya dengan idea yang dia miliki tersebut. Semua yang hebat pada hari ini bermula dengan 1 idea pada suatu masa dulu. Lampu, kereta, kapal terbang, komputer dan banyak lagi.

6.Persist (Istiqomah atau Teruskan Berjuang)

Orang yang berjaya tidak akan berhenti pada halangan, tidak akan mengalah pada keadaan. Dia akan teruskan sehingga selesai perjuangan tersebut.

7.Serve (Sentiasa Memberikan Khidmat)

Orang yang berjaya akan sentiasa berfikir :

a.Bagaimana aku boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai?
b.Apa khidmat yang aku boleh berikan?
c.Dengan memberikan perkhidmatan yang orang mahukan, menyelesaikan masalah orang lain, kita akan menemui kepuasan di dalam apa yang kita lakukan, sekaligus ini dapat membantu perjalanan ke arah kejayaan kita. Keep Reading →