Pengajaran Daripada Hari Semalam

Hisyam Den
Kita sewajarnya mengambil pengajaran daripada hari semalam dan hari – hari yang lepas. Ini kerana, malam dan siang sudah berlalu telah menukarkan setiap yang baru menjadi lusuh, menambahkan usia kita, iaitu muda menjadi tua, dan selepas tua kita akan meninggal dunia.

Masa adalah sesuatu yang pantas perjalanannya. Sekiranya ia sudah berlalu, ia tidak kembali dan tidak boleh diganti lagi. Oleh itu, ia adalah ‘anugerah’ kepada manusia yang paling berharga dan sangat mahal. Sehubungan dengan itu, asas kepada bernilainya masa adalah, ia menjadi bekas kepada segala amalan dan pengeluaran.

Hakikatnya yang perlu kita tahu adalah, masa adalah ‘modal’ sebenar untuk manusia sama ada individu ataupun kumpulan.
Masa bukan hanya seperti emas seperti yang dikatakan oleh orang Melayu kita. Bahkan, ia adalah sesuatu yang lebih mahal daripada emas, permata, dan intan.

“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya.” – As-Syahid Hasan Al – Banna

Dalam konteks masa yang lain, Hasan Al- Basri ada menyebutkan, “Wahai anak Adam, kamu adalah himpunan hari –hari, setiap kali berlalu satu hari, berlalulah sebahagian daripada kamu.” Keep Reading →

Konsep dan Definisi Zuhud yang Sebenar

zuhud

Bila mendengar perkataan zuhud kebiasaannya kita beranggapan orang zuhud itu miskin, tidak berharta, tidak mengejar dunia, ulang alik ke masjid, tidak memandang dunia, dan seumpamanya. Betul ke itu ZUHUD ?

Orang yang berpaling meninggalkan cinta dunia kepada cinta akhirat disebut sebagai orang yang zuhud terhadap dunia. Sebab, pada setiap jiwa manusia itu sesungguhnya telah tertanam secara naluri perihal kecintaannya terhadap perkara-perkara duniawi. Sedangkan di akhirat kelak, itu jauh lebih baik dari dunia sekarang ini.

Zuhud terhadap dunia itu bukanlah mengharamkan apa yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi Zuhud terhadap dunia ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tanganmu… (Riwayat al-Tirmizi)

Imam Ibn Juzay:
Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan ( pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta. Kemungkinan seorang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong daripada dunia. Dan berkemungkinan orang fakir itu ialah orang yang bersifat duniawi apabila hantinya amat berkehendakkan dunia. Tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia.” Keep Reading →