Cerita Rama – rama dan Kepompong

rama - rama
Seorang budak ternampak rama – rama sedang bergelut mahu keluar dari kepompongnya. Dia merasa sangat kasihan kepada rama – rama tersebut. Dia pun menolong dengan membukakan kepompong itu supaya anak rama – rama itu senang keluar.

Disebabkan budak itu, rama – rama tersebut senang sahaja keluar dari kepompongnya. Untuk dijadikan cerita, rama – rama itu pun keluar dan kembangkan sayapnya, kononnya nak berdiri dan terbang.

Beberapa minit kemudian, tiba – tiba rama – rama tu jadi lembik, bukan setakat lembik, tetapi terus mengecut. Kenapa ? Sebab terlalu awal dikeluarkan dari kepompong. Rama – rama itu, belum cukup bersedia untuk keluar kepompongnya disebabkan budak tersebut. Sebenarnya, kesusahan dalam kepompong itu adalah proses ( faktor semulajadi @ sunnahtullah) untuk menjadikan dia lebih kuat.

Bila dia menggeliat nak pecahkan kepompong tu, sendi- sendinya akan jadi lebih kuat. Tiba – tiba dibukakan kepompongnya dengan menyerbunya cahaya matahari dan udara, sedangkan anak kupu – kupu tu belum bersedia. Hasilnya, rama –rama itu semakin lemah lalu mati. Keep Reading →

Realiti Sebenar Urus Media Sosial Facebook oleh Saiful Nang

Saiful Nang Academy
Menurut Saiful Nang secara purata, page beliau akan block dalam 5 hingga 10 orang setiap hari. Walaupun selepas kena block mereka akan keluar statement seperti:
“aku cakap baik-baik”
“Aku tegur elok-elok jer”
“Aku tak buat apapun”
“Aku cuma kritik jer”

Namun pada realiti, menurut Saiful Nang lagi yang kena block itu ialah mereka yang jatuh dalam kategori salah satu atau lebih dari satu yang berikut:

– Komen perkauman
– Komen dengan kata-kata kesat
– Komen menyentuh sensitiviti agama Islam dan Agama lain
– Komen penyebaran fitnah
– Iklan gigolo/sugar mummy/sugar daddy whatever
– SPAM
– Post flood seperti “rainbow” dan “Najib Sila Letak Jawatan” yang ditulis berulang-ulang (tulis sekali tak kena ban).
– Serangan peribadi kepada pemilik page dan organisasi-organisasi yang diwakili (PM will be much appreciated).

Selain dari itu, anda boleh lihat ada banyak lagi komen yang tidak bersetuju dengan page Saiful Nang juga kritikan-kritikan masih dibiar berada di page itu tanpa di delete. Maka, jika anda sampai kena ban itu bermakna anda memang layak di ban. Keep Reading →

Review Seminar Alam Barzakh

projek ahad

Apakah Seminar Alam Barzakh?

Allah menyatakan dalam Al Qur’an bahawa setiap yang bernyawa pasti merasai mati dan kehidupan dunia akan ditinggalkan. Ianya satu kepastian dan tiada satu pun di antara kita yang mampu mengelaknya dan kita akan tempuhi kehidupan sebenar selepasnya.

Alam barzakh dan kehidupan selepasnya adalah salah satu cabang penting dalam aqidah kita dan setiap daripada kita sedang menyediakan diri bagi kehidupan di sana, jadi sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa kejayaan sebenar yang ingin kita kecapi adalah di sana dan amatlah wajar untuk kita mengetahui lebih mendalam mengenai perjalanan dan destinasi kita.

Yang pasti, apa yang bakal kita tempuhi sudah diberitakan oleh baginda Nabi saw daripada Al Qur’an dan sunnahnya; dengan itu menjadi panduan bagi Madrasah iMuslim untuk menganjurkan kursus ‘Alam Barzakh – Dan Permulaan Kehidupan Sebenar’. Satu kursus intensif selama 2 hari, bagi memberi peluang kepada anda untuk mempelajari secara teratur apa yang bakal kita tempuhi nanti.

Pembelajaran selama 2 hari dan sistematik ini adalah untuk membantu meningkatkan lagi kefahaman kita mengenai perjalanan dan destinasi yang akan dituju. Semoga dapat juga menambahkan lagi keimanan lantas memperbaiki persiapan kita menuju ke sana inshaAllah.

Setelah berakhirnya seminar ini para peserta akan dapat mengetahui dan memahami mengenai:

(1) Sakratul Maut dan Cabarannya.
(2) Tanda Husnul dan Suul Khatimah.
(3) Perjalanan Roh ke langit.
(4) Himpitan dan Fitnah Kubur.
(5) Nikmat dan Azab Kubur.
(6) Tuntutan dan Kelebihan Menziarahi Kubur.
(7) Tiupan Sangkakala dan Kebangkitan di Padang Mashyar.
(8) Penghisaban Amalan.
(9) Golongan Muflis di Akhirat
(10) Hakikat Telaga al-Haudh
(11) Timbangan Amalan (al-Mizan).
(12) Sirath dan Hakikatnya.
(13) Hakikat Syafaat.
(14) Nikmat Syurga dan Azab Neraka

Pensyarah – Ustaz Mohd Yusof Arbain

Ustaz Mohd Yusof adalah seorang Pengarah Urusan di syarikat swasta, Quality Excellent Resources. Beliau banyak menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah bersiri di Masjid sekitar Lembah Klang dan dikenali dengan alunan pembacaan Al Qur’an nya yang menenangkan semasa kuliah dan sering membawa kertas kerja mengikut topik kuliah untuk diberikan kepada para jemaah.

Penyampainnya yang bertenaga namun menyentuh jiwa dan sentiasa tersenyum sering menarik tumpuan para jemaah.

Walaupun beliau berkerja sebagai ‘trainer’ dalam bidang professional, namun beliau punyai latar belakang pendidikan Islam yang baik. Secara formal, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan (Al Qur’an dan As Sunnah) dari Universiti Islam Antarabangsa.

Walaupun begitu, beliau masih memerhati dan belajar untuk menambahkan lagi ilmu dan kefahaman disamping juga berkongsi ilmu yang sudah beliau perolehi, dengan baik. Semoga Allah merahmati beliau.

Program telah dirancang diadakan di;

Menara Razak, Universiti Teknologi Mara
Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak)
54100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Daftar Klik Sini ( Projek Ahad )

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program sila hubungi +6012 2200 825 (Rosmaizi).

The Ahad Project PLT
10-2A, Jalan UP 1/5, Ukay Perdana
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Saat kasih Berbicara

memahami pasangan
“Banyaknya notifications !”. Sarah bercakap sendirian di depan laptop kesayangannya.

Wall di facebook Sarah sesak ditaburi dengan puluhan ucapan tahniah di atas majlis perkahwinannya bersama suaminya, Arith. Alangkah penatnya di rasakan untuk membuat persiapan bagi meraikan hari bahagianya itu. Walaubagaimanapun, kepenatan itu hanya sebuah persinggahan sementara sebagai ujian ketahanan otot-otot tubuh badannya. Majlis itu tetap menjadi sebuah kisah indah untuk dijadikan novel hidupnya.

Arith, anak bongsu kepada Datuk Azman dan Datin Hasmah. Berperwatakan manja, dan terlalu mengambil berat mengenai insan-insan kesayangan disekelilingnya. Arith juga merupakan anak kesayangan Datuk Azman dan Datin Hasmah. Sifat penyayang dan terlalu mengambil berat itulah menjadi baja cinta yang menyuburkan sekeping hati seorang wanita yang benama Sarah Hani.

Arith merupakan adik bongsu kepada dua orang abang kesayangannya iaitu Affan dan Aizat. Arith juga umpama guru kaunseling dan tempat gurau senda kedua-dua kakak iparnya yang juga merupakan anak orang kenamaan. Kesemua mereka tinggal di banglo Datuk Azman kecuali Aizat dan isterinya, Amni yang menetap di Beijing dan kini sibuk menguruskan Restoran Makanan Asianya di China.
Keep Reading →