Cerita Perihal Ketam Melayu Di Pasar Borong

ketam
Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka ?
Tauke : Ada.. ada.. Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu ?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek ? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Tauke: Itu sana dalam bekas ada tutup.. ketam Cina.. sana dalam bekas tak ada tutup.. ketam Melayu la..

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.. ketam Melayu apek tak kasi tutup ?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.. yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama – lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka ?
Tauke: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi.. jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas Keep Reading →

Sweet Nyer Suami Dia

sweet_heart

Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa-apa sebab munasabah dan begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.
“abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya.”

Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

“hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. Bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang.”

Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.

Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu dia membaca, “abang nampak kaki awak la yang! abang keluar sekejap, beli roti ”

ps: Moral daripada cerita: Hiburan semata – mata tiada kaitan antara hidup dan mati.

Berniaga cara Rasulullah Mengutamakan keberkatan daripada keuntungan

Usahawan
Tidak lagi dianggap pilihan terakhir bagi golongan yang sukar menerima pekerjaan, menceburi bidang perniagaan kini semakin popular dalam kalangan masyarakat bukan sahaja bagi yang kurang dalam pencapaian akademik malah daripada pelbagai golongan.

Sehinggakan berniaga turut dilakukan oleh mereka yang telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai menjana pendapatan sambilan, berikutan pulangan serta peluang memperoleh keuntungan yang memberangsangkan.

Tanpa kekuatan ekonomi, Islam juga akan dipandang rendah oleh masyarakat bukan Islam secara tidak langsung menjauhkan mereka kepada Islam.

Terbukti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan.” Bidang perniagaan ternyata merupakan ibu segala rezeki yang menjanjikan pendapatan yang tidak terhad kepada orang yang berniaga.

Namun realitinya, dalam mengejar sumber lubuk pendapatan itu kadangkala telah menutup pintu hati individu yang terlibat dalam urusan berjual beli itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja dengan alasan ingin mengaut keuntungan tanpa mengira soal halal dan haram.

Perkara yang asalnya dituntut dan menjadi sunah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu disalah guna sehingga menjadikannya pelbagai taktik kotor dan penipuan sebagai sumber untuk melariskan perniagaan.
Pakar fikah kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, walaupun mudah diketahui secara teori, namun cabaran yang berlaku pada dunia realiti sangat menguji keimanan seseorang peniaga untuk mengamalkan perniagaan secara patuh syariah.

Justeru, tambahnya, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar kepada ahli perniagaan yang amanah dalam menjalankan perniagaan dan benar-benar mematuhi tuntutan syariat sebagaimana golongan mujahidin yang syahid dalam peperangan. Keep Reading →

Koleksi Buku Terbaik Hisyam Den

Nikmati kehidupan anda
Semasa Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- ‘Arifi berumur tujuh belas tahun, beliau terjumpa senaskah buku, “ Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain’ ( How to Win Friends and Influence People) yang ditulis oleh Dale Carnegie, yang mana beliau menganggapnya sebuah buku yang terbaik dan membacanya berulang – ulang kali.

Dale Carnegie mencadangkan seseorang harus membaca buku tersebut sekali sebulan, di mana beliau sendiri melakukannya. Beliau mula menggunakan prinsip- prinsipnya apabila berurusan dengan orang lain dan menyaksikan hasilnya yang menakjubkan.

Antara kaedah dalam buku tersebut, Dale Carnegie sering menyebut satu prinsip dan akan memberikan beberapa peristiwa dengan cara menggunakan contoh berkaitan dengan orang – orang penting, seperti Roosevelt, Lincoln, Joseph, dan beberapa orang pemimpin yang lain.

Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- ‘Arifi merenung dan sedar bahawa tujuan Dale Carnegie hanyalah satu, iaitu untuk memperoleh kebahagian di dunia semata – mata. Apakah yang akan terjadi jika beliau mengetahui tentang Islam dan etika – etika yang diajar oleh Islam ? Sudah pasti beliau berjaya menikmati kebahagian yang abadi dan bukan hanya dunia yang seketika! Keep Reading →

Ahli Ibadah dan Ahli Maksiat

ahli-maksiat-dan-ahli-ibadah
Pada zaman dahulu ada dua orang sahabat karib yang mendiami sebuah rumah. Walaupun mereka berdua berkawan baik, peribadi keduanya amatlah berbeza. Seorang daripadanya amat kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi pula suka pula melakukan maksiat kepada Allah.

Lelaki ahli ibadat tinggal di tingkat atas rumah tersebut manakala lelaki maksiat pula tinggal di tingkat bawah. Apabila kedua – duanya bertemu, lelaki ahli ibadat berkata kepada lelaki ahli maksiat: “Wahai sahabatku, bilakah lagi engkau mahu bertaubat, ingatlah umur kita semakin hari semakin tua. Mati tidak mengira masa sahabatku. Marilah naik ke tingkat atas untuk bersama – sama beribadat bersamaku.”
Sambil di tangannya memegang secawan arak, lelaki ahli maksiat pula membalas: ‘Usia kita masih muda wahai sahabatku. Waktu muda inilah kita sepatutnya menikmati semua kesenangan dan kenikmatan dunia. Apabila kita tua nanti kita bertaubatlah. Alangkah ruginya kita membiarkan masa muda kita berlalu begitu sahaja tanpa berhibur. Marilah turun ke bawah wahai sahabatku untuk bersama – sama menikmati nikmat dunia.

Begitulah mereka berdua masing – masing saling mengajak kepada kebenaran dan kebatilan. Mereka tidak berputus asa untuk mengajak salah seorang daripada mereka untuk berubah.
Pada suatu hari, lelaki ahli ibadat yang berada di tingkat telah termakan dengan kata – kata dari sahabatnya itu. Hatinya yang di resapi syaitan itu berkata:

“Hmm.. betul juga apa yang diperkatakan oleh sahabatku itu. Umurku masih muda, waktu inilah aku mahu menikmati hiburan dan syurga dunia. Jika aku sudah tua dan tidak bertenaga nanti tentu semuanya ini tidak berguna lagi. Baik aku gunakan masa mudaku ini untuk berhibur dan bersukaria seperti kawanku itu. Apabila tua nanti aku bertaubatlah. Baik aku turun ke bawah sekarang untuk berhibur bersama – sama kawanku.” Keep Reading →

Taubat Lelaki Pembunuh 99 Nyawa

Taubat Lelaki Pembunuh 99 Nyawa
Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang amat terkenal dengan kejahatannya. Kerjanya bersama – sama kawan yang lain ialah merompak, mencuri dan bermacam – macam perbuatan keji yang lain. Namun semua kemaksiatan itu tidak menandingi kejahatannya yang satu ini. Dia merupakan seorang pembunuh yang amat kejam. Dia telah membunuh sebanyak 99 orang.

Semua penduduk di negeri tersebut mengenalinya sebagai pembunuh dan perompak. Mereka takut untuk menasihatinya kerana bimbang nyawa mereka sendiri akan terancam.

Pada suatu hari, timbullah rasa penyesalan di dalam diri lelaki tersebut. Dia berasa insaf di atas segala kejahatan yang telah dilakukan. Dia ingin segera bertaubat dan berhenti daripada pekerjaan kejinya itu. Untuk itu dia telah mendatangi seorang ahli ibadat lalu bercerita kepadanya tentang masa lampaunya yang hitam itu.

Tujuannya adalah untuk mengetahui adakah dia masih boleh bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik. Lelaki itu lalu bertanya: “ Wahai tuan guru, adakah setelah sekian banyak dosa yang aku lakukan itu, Allah masih sudi menerima taubatku?’

Rupanya tuan guru yang dijumpainya itu belumlah lagi cukup ilmu di dadanya. Dia lalu menjawab: “ Wah! Sungguh ramai sekali yang engkau bunuh, sudah tentu Allah tidak akan mengampunkan kamu disebabkan dosamu yang begitu besar?’

Jawapan yang diberikan oleh tuan guru itu sebaliknya menaikkan rasa marahnya. Ini kerana niatnya untuk bertaubat seolah – olah sudah tertutup rapat. Disebabkan rasa marah, dia lalu bertindak membunuh pula guru tersebut sehingga mencukupkan 100 nyawa yang dibunuhnya. Keep Reading →