Isteri Yang Solehah dan Suami Yang Fasik

bismillah_wallpaper

Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi melawat blog Klinik Motivasi Com untuk mencari kalimat motivasi yang terselit di sana sini dalam artikel di blog motivasi yang tidak popular ini. πŸ™‚ Untuk pengetahuan pembaca setia blog Klinik Motivasi Com blog ini mengalami peningkatan mendadak visitor sejak akhir – akhir ini dan sekaligus meningkatkan bandwidth di blog ini.

Jika pembaca ingin saya menulis tajuk yang menarik dan bermanfaat kepada pembaca sila kemukakan di facebook Klinik Motivasi Com. Dan ia adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran walaupun RM 0.01. πŸ™‚

Cerita kali ini bertajuk Isteri yang solehah dan suami yang pasik. Cerita bermula apabila pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang sudah berumur. Walaupun mereka sudah lama berkahwin terdapat perbezaan peribadi antara kedua – duanya. Si isterinya merupakan seorang yang taat dalam melakukan suruhan agama, sebaliknya suaminya pula merupakan seorang yang fasik dan meninggalkan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa berdoa agar suaminya berubah menjadi seorang lelaki yang soleh pada suatu masa kelak. Keep Reading →

Sifat Tamak Biasanya Memakan Diri Sendiri

klinik motivasi emas

Salam Sejahtera..

Ini merupakan post pertama tahun baru masihi 2015. Dan saya mempunyai azam tahun ini untuk menulis lebih kerap di blog klinik motivasi com ini terutama tentang cerita – cerita berkaitan seputar kehidupan dan motivasi kehidupan.Ceritanya bermula pada suatu masa dahulu ada seorang lelaki yang fasik datang menemui seorang wali Allah. Dia ingin sekali bersahabat dengan wali tersebut. β€œ Aku ingin sekali bersahabat denganmu dan mengikuti kemana saja kamu pergi” kata lelaki itu. β€œ Baiklah kalau begitu kehendakmu.” Jawab wali.

Pada suatu hari berjalanlah mereka berdua di tepi sebatang sungai lalu membuka bekalan makanan iaitu tiga potong roti. Wali itu memakan sepotong, lelaki itu sepotong dan bakinya sepotong. Ketika wali itu pergi meminum air di sungai, lelaki itu telah memakan baki roti tersebut. Sekembali semula wali itu mendapati baki roti yang sepotong itu telah tiada. Dia lalu bertanya kepada sahabatnya: β€œ Siapakah yang telah mengambil sepotong roti tadi?” β€œ Entah, aku tidak tahu.” Jawab lelaki itu berbohong.

Mereka berdua meneruskan perjalanan. Tiba – tiba mereka melihat seekor rusa dengan dua anaknya. Wali itu lalu memanggil salah seekor dari anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar untuk menjadi makanan mereka. Setelah mereka makan, wali itu dengan izin Allah telah Berjaya menghidupkan semula anak rusa yang telah mati dimakan itu. Wali itu bertanya: β€œ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, aku bertanya kepadamu siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab sahabatnya: β€œ Entah, aku tidak tahu.”

Kemudian mereka berdua meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sebatang sungai, lalu wali itu memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya menyeberang dengan berjalan di atas air hinggalah sampai ke seberang. Sebaik sahaja sampai ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: β€œ Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya ini, siapakah yang telah mengambil sepotong roti itu?” Namun begitu sahabat itu menjawab: β€œAku tidak tahu.” Keep Reading →