Mind-Set Para Graduan Perlu Ditukar…

motivasi

Salam Hormat,

Pengalaman saya baru-baru ini berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga 5 amat menarik sekali. Sepanjang 1 jam perkongsian saya, apabila soalan ditanya mengapa mereka perlu belajar rata-rata pelajar menjawab belajar untuk ke menara gading.

Ini adalah matlamat mereka mengapa mereka perlu belajar dan skor dalam peperiksaan. Hal ini juga berlanjutan hinggalah ke universiti, iaitu ramai yang menyatakan mereka perlu skor dalam peperiksaan untuk mendapat CGPA yang baik supaya menjamin mereka mendapat pekerjaan yang baik. Mind set ini telah lama ditanam di dalam kepada bakal graduan hinggalah apabila tiba saat mereka memohon pekerjaan, tekanan demi tekanan mereka hadapi. Keep Reading →

Miskin dan Kaya: Mana Lebih Baik ?

kaya dan miskin
Zuhud bukan persoalan zahir, tapi persoalan batin (hati). Hati yang tak terikat dengan dunia. Dunia cuma dipegang ditangannya, tapi tak sampai melekat dijiwanya.

Masa kuliah zohor oleh Ustaz Faisal baru saya tahu, rupa-rupanya Nabi bukan seorang yang miskin, tapi baginda adalah seorang yang zuhud.
Apa beza zuhud dan miskin?

Secara zahir, zuhud dan miskin nampak sama, tapi sebenarnya ia jauh berbeza. Ustaz kupaskan secara terperinci dengan tentang tiga ciri iaitu “Zuhud, Miskin, dan Kaya” dalam Kuliah Tasauf pertama di syarikat kami.

Secara mudahnya, orang miskin nakkan dunia, tapi dunia tak datang padanya. Manakala orang zuhud, dia ‘tak nak’ dunia, tapi dunia datang padanya.

Macam Nabi S.A.W, malaikat Jibrail pernah tawarkan baginda untuk tukarkan gunung menjadi emas, tapi baginda tolak. Maksudnya, baginda bukan miskin. Tapi baginda memilih untuk hidup secara sederhana – zuhud.

Takut Lambat Ke Syurga

Menurut Ustaz, alasan pertama, Baginda tak nak nikmat dunia akan melambatkan perjalanan baginda ke Syurga.

Memang benar, setiap nikmat dan harta yang Tuhan pinjamkan, pasti Tuhan akan audit balik di Akhirat kelak walaupun sebesar zarah. Sesiapa yang banyak harta, panjanglah masa diaudit sebelum dimasukkan ke Syurga/ Neraka.

Nikmat Dunia Datang Bersama Bebanan

Alasan kedua, ‘dunia’ ini akan jadi satu bebanan. Dan mungkin mengganggu kita ingat pada Allah.

Ustaz kata, masa dia jadi tutor dulu, dia pakai kereta buruk jer. Kalau tertinggal kunci kat kereta pun beliau tak pernah risau. Confirm tak ada orang curi. Tapi bila dah upgrade jadi pensyarah dan pensyarah kanan, kereta dah bertukar. Dari kereta buruk bertukar jadi Proton Wira dan kemudiannya Vios. Keep Reading →

Himpunan 11 Formula Kejayaan

road_to_success
Untuk mencapai sesebuah kejayaan, atau matlamat yang diimpikan, kita perlu mencorakkan kehidupan seharian dengan lebih teratur dari biasa. Cara untuk mempunyai hidup yang teratur adalah dengan mempunyai formula ini yang selalu saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya.Jom kita sama-sama mengamalkannya.

1. Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai kejayaan yang tinggi anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut. Keinginan umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri sendiri. Punca utama seseorang tidak mencapai matlamatnya adalah takut kepada ‘kegagalan’ maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat.

2. Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini adalah, “Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Lagu yang simple ini mengandungi mesej yang sangat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita, anda perlu mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa ia akan tercapai! Dengan itu, ia akan menjadi penggerak kepada diri anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja untuk meyakinkan orang ramai. Dalam menetapkan matlamat anda, perlu realistik. Ia pasti membantu memotivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik. Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3. Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting, setiap kali saya membuat ‘talk’ di serata tempat seluruh Malaysia, sering saya ulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, mereka tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa sedara untuk anda merealisasikannya. Matalamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat, ia menjadi sesuatu yang nyata- yang boleh disentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi anda kepada bentuk yang boleh digenggam! Keep Reading →