11 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

start business

Kesilapan dan kerugian adalah perkara biasa di dalam dunia keusahawanan. Sebagai orang yang belajar ilmu perniagaan secara tidak formal, saya belajar mengenai dunia perniagaan dengan cara yang amat sukar. Saya telah melakukan pelabagai kesilapan yang mana kadang-kadang terpaksa memperjudikan nilai persahabatan, kekeluargaan dan pelbagai perkara yang mahal nilainya.

Ketika itulah mula terdetik di dalam hati, “kalaulah aku tahu benda ni akan jadi macam ni…“. Tetapi semuanya telah terlambat, apa yang saya perolehi adalah satu pengalaman yang mahal harganya sebagai tauladan dan sempadan untuk masa akan datang.

Jadi di dalam entri ini saya ingin kongsikan 11 perkara penting berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui agar kita sama-sama dapat belajar khususnya kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri.

 

#1 – Tindakan Lebih Penting Dari Ilmu Perniagaan!

Jika anda membaca kisah para usahawan yang berjaya, majoriti daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak. Apabila mereka mempelajari sesuatu ilmu baru, mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Itulah yang membezakan kenapa mereka berjaya dan kenapa sesetengah yang lain masih lagi ditakuk lama.

Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan.

Tindakan itu kuasa!

Azizi Ali, Jutawan Hartanah

Akhirnya, bolehkah ilmu-ilmu tersebut menjadikan anda seorang usahawan berjaya tanpa sebarang tindakan? Ilmu itu penting, tetapi tindakan mempraktikkan apa yang telah diketahui itu lebih penting. Keep Reading →

Sifir Mudah Kehidupan

formula kehidupanStrategi melawan hawa nafsu tidaklah sesukar yang kita jangkakan, ianya hanya menuntut kekuatan diri untuk berubah. Seterusnya ianya hanya memerlukan fokus lebih sedikit dari biasa dan memerlukan tindakan yang berterusan dan berkekalan.

Kecekapan diri dari sudut mental, emosional, spiritual serta fizikal memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menakluki nafsu. Seorang yang hanya berfikir sekadar ‘satu lapisan’ sahaja atau tidak mahu memikirkan hikmah setiap sesuatu perkara adalah seorang yang lemah akal.

Seorang yang gagal mengimbangi darjah turun naik emosi dan sering terbawa-bawa dengan perasaan yang melampau adalah seorang yang tidak stabil. Selain itu seorang yang rendah keyakinan diri serta rendah semangat untuk membina kekuatan dalaman adalah seorang yang mati sebelum masanya serta tidak berupaya memberi kesan kepada perubahan diri.

Seorang yang lemah dari sudut fizikal terutamanya dalam konteks penggunaan anggota dan deria rasa adalah seorang yang riak sombong serta takbur atas anugerah yang diberikan Allah kepada diri.

Cuba kita perhatikan bagaimana ‘sempurna’nya diri seseorang itu dicipta Allah agar dia dapat memikul tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini dengan cekap dan berkesan. Keep Reading →

Merancang Laluan Ke Arah Kejayaan

warren buffetSaya amat yakin, anda semua sudah mengetahui pelbagai strategi, konsep dan langkah yang boleh membantu anda ke arah kehidupan yang lebih selesa dan menyenangkan (financial freedom). Malahan, saya amat yakin anda tentu amat teruja melihat bagaimana orang biasa berjaya mencipta kekayaan melimpah ruah dan bagaimana kita juga mampu melakukannya. Mungkin anda pernah melihat kenalan anda sendiri memacu kereta idaman disamping mesra berbual bersama isterinya yang tersayang.

Persoalannya sekarang , bagaimanakah anda mahu kecapinya ? Bagaimana anda ingin kelihatan hebat dan orang sekeliling anda teruja melihat kekayaan dan kebahagiaan yang anda kecapi . Bak kata orang, amat sempurna! Jadi, anda perlu merancang laluan jutawan kita. Anda perlu bertanya pada diri ,”Kehidupan bagaimanakan yang saya mahukan ? “Bagaimanakah kehidupan dalam masa 1, 3, 5, 10 ataupun 20 tahun akan datang?

Dalam konteks ini , saya berikan satu contoh berkenaan kuasa penetapan matlamat hidup . Pada tahun 1952 , satu kajian berkenaan kesan penetapan matlamat dibuat sekumpulan pelajar Universiti Yale yang bakal menamatkan pengajian mereka. Apabila ditanya berapa peratuskah diantara mereka menetapkan dan mencatat matlamat hidup mereka, hanya 3 peratus sahaja mengatakan mereka mempunyai matlamat . 97% pelajar lain , walaupun pandai dan pintar , tidak mempunyai pelan yang spesifik ataupun rancangan bagi 5 hingga 10 tahun selepas menamatkan pengajian.

Sehubungan dengan itu, 25 tahun kemudian , pada tahun 1972 , kajian susulan dilakukan bagi mendapatkan keadaan terkini pelajar-pelajar tersebut . Jumlah pendapatan 300 pelajar yang mempunyai pelan spesifik dan matlamat yang jelas itu lebih daripada jumlah pendapatan baki 97% pelajar lain . Adakah ini berlaku secara kebetulan ataupun ini satu pembuktian bahawa matlamat yang jelas dan spesifik memainkan peranan hebat dalam memastikan kejayaan kewangan dan peribadi seseorang ? Keep Reading →

3 Tips Mencipta Kekayaan Pada Usia Muda

markAnda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor. Tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.

Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya. Dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-

Tips Membina Kekayaan #1 – Tahu dan Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.

Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan #2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.

Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar. Keep Reading →