Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden

pantai

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

 

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.

Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.

Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

Fakta

Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.

Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.

Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan. Keep Reading →

Cepat Naik, Cepat Jatuh…

kaya mendadak
Ramai yang berfikir mengenai kebenaran kata-kata orang tua-tua iaitu “Cepat Naik, Cepat Jatuh”, termasuklah penulis. Tak pastilah penulis samada ianya benar kata-kata hikmah daripada orang-orang tua dulu-dulu kerana baru sedekad dua ni saja yang penulis baru mendengar frasa tersebut. Namun begitu, memang benar, kalau kita tidak sabar dan ingin cepat naik (ingin cepat banyak duit sebenarnya), maka ada kemungkinan yang ketamakan kita itu memakan diri kita sendiri dan menjadi punca kejatuhan awal kita.

Dalam apa jua bidang pun, kita telah melihat ramai yang orang cepat sangat nak naik, akhirnya jatuh tersungkur terlalu cepat juga. Kita lihat beberapa artis yang naik secara mendadak (sehingga ada yang menggelarkan mereka sebagai artis mee segera), tetapi kemudiannya jatuh juga secara mendadak dan dilupakan orang. Ada juga golongan ahli politik yang naik secara mendadak, dan akhirnya juga jatuh secara mendadak. Tidak lupa juga ada individu di pejabat kita yang ingin naik dengan segera sehingga sanggup menjadi pak turut kepada ketua kita, ya, dia naik secara mendadak, tetapi apabila ketua kita dapat kerja lain, individu tersebut menjadi terkapai-kapai dan akhirnya jatuh menjunam secara mendadak kerana tiada lagi tempat bergantung.

Cuba kita lihat beberapa artis atau ahli fotografi yang tidak terlalu mengejar glamour iaitu, mahu dikenali secara cepat, mahu menguasai dunia mereka secara cepat, mereka bersabar dan melalukan kerja seperti biasa. Orang lain tidak mahu melihat rahsia kejayaan mereka sebenarnya, yang orang lain mahu lihat ialah hasil kerja mereka. Keep Reading →

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat

pendosa perlu bertaubat

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?

Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.

Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad] Keep Reading →

Usahakan Bisnes Fi Sabilillah

Islamic-Business-Jihad-mixing-business-with-Islamic-causes

“Mustahil capai transformasi ekonomi menuju ke tahap negara maju tanpa kejayaan bisnes milik Melayu dan umat Islam warga majoriti Malaysia.” Itulah antara inti pati mesej ceramah saya di Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran bersama Radio IKIM-FM dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) minggu lalu di Kompleks IKIM, Kuala Lumpur.

Konvensyen dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM yang turut menyampaikan ucaptama. Dewan Konvensyen dipenuhi lebih 300 peniaga dan ahli bisnes sehingga ada yang terpaksa ditempatkan di ruang lain, mengikuti acara menerusi saluran video. Majoriti peserta terdiri daripada pendengar dan pengikut setia program mingguan “Inspirasi Usahawan” siaran Radio IKIM-FM setiap Selasa jam 3 petang.

Mustahil perkasa jika bisnes nafsi-nafsi

Dalam kata lain, warga bisnes Melayu-Muslim berperanan kritikal dalam usaha memperkasa ekonomi: “Dalam memperjuangkan ekonomi, ahli bisnes berperanan lebih penting daripada politik, kerana di bawah sistem pacuan bisnes kuasa politik dan dasar kerajaan semata-mata tidak berupaya memperkasa ekonomi Melayu.” Saya juga tegaskan: Mustahil ekonomi Melayu, Bumiputera dan umat Islam diperkasa selagi bisnes tidak dijadikan “sembilan per sepuluh” sumber rezeki dan ahli bisnes Melayu tidak membudayakan jaringan persepakatan bisnes.

Paling penting, usahawan dan peniaga Melayu-Muslim tidak bertindak nafsi-nafsi, iaitu menjayakan bisnes sendirian dengan “menjaga periuk nasi masing-masing” tanpa berpadu tenaga dan berkongsi sumber, bersepakat bertindak atas dasar kerjasama dan bermuafakat. Tanpa muafakat bisnes Melayu sangat lemah daya saing, mudah ditewaskan dan pada jangka panjangnya payah dikembangkan secara tersusun dan berorganisasi bersaing di tahap tinggi. Keep Reading →

Skim Lambat Kaya

tertipu

Ramai orang mahukan kekayaan. Ramai juga yang ingin kekayaan dengan cepat. Selalu kita dengar mengenai skim cepat kaya yang akhirnya hanya meleburkan wang kita. Hari ini saya ingin sampaikan mengenai satu skim, tetapi bukan skim cepat kaya – skim lambat kaya!

Skim cepat kaya sering mempunyai risiko yang tinggi dan selalunya satu penipuan yang hanya melesapkan wang anda, skim lambat kaya pula berisiko rendah dan sesuatu yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk anda. Lebih penting, ia pasti menjadi!

Apakah itu skim lambat kaya?

Sebenarnya ia satu pelaburan cara lama. Tiada apa yang canggih, kompleks dan sukar, tetapi pelaburan yang mudah iaitu anda menyimpan, melabur dan tunggu. Tunggu berapa lama? Tunggu seberapa lama yang mungkin!

Minggu lalu sekiranya masih ingat, saya sampaikan mengenai pulangan kompaun. Ia membabitkan kaedah melaburkan wang dan biarkan pulangan atas pelaburan terbabit juga berkembang dan dilaburkan untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Dengan melakukan cara ini, wang RM100,000 sekiranya disimpan selama tujuh tahun pada pulangan pelaburan 10 peratus tanpa disentuh, ia sememangnya akan menjadi!

Lebih lama anda biarkan, lebih tinggi perkembangannya. Bererti sekiranya dibiarkan tanpa disentuh selama 14 tahun, wang terbabit akan berganda dua kepada RM400,000. Boleh tunggu lagi? Ia akan menjadi RM800,000 selepas 21 tahun tanpa disentuh. Ini yang dinamakan skim lambat kaya, tetapi apa yang penting ia pasti kaya!

Satu lagi syarat sekiranya anda berminat untuk menyertai skim lambat kaya adalah memulakannya dengan cepat. Seperti anda dapat lihat contoh di atas, perkembangan wang anda berganda tiga kali apabila diberi masa selama 21 tahun. Ertinya, lebih cepat anda mulakan pelaburan dan mengambil manfaat pulangan kompaun, lebih tinggi pulangan anda dalam jangka panjang. Keep Reading →

Kehendak Manusia Atau Kehendak Allah ?

compass

Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.

Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.

Sebenarnya pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman. Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu. Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengan cara kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui? Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.

 

Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.

Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?

Dalam ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan perintah-Nya.

Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu?

Akhirnya melahirkan perasaan yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan, samada secara realiti atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi sebagai ‘bukti’ cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati. Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu.

Tindakan wanita itu mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu penyesalan adalah sia-sia.

Sememangnya banyak pilihan yang berlaku dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha Allah, maka kita tidak mungkin rugi, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya tidak.

Kita boleh membuat pilihan tetapi tidak boleh mimilih akibat pilihan itu.

Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata.

Sumber : www.iluvislam.com