Media Arus Perdana Dimiliki Parti Politik

media arus perdana

 

Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan. – Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali

Media arus perdana di negara ini dimiliki oleh parti politik dan cenderung berkhidmat dengan ‘political masters’ mereka.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, rakyat sudah memahami dan menerima keadaan itu.

“ Semua orang tahu, media arus perdana dimiliki oleh parti politik seperti Umno dan MCA. Begitu juga akhbar yang dimiliki oleh DAP, Keadilan dan Harakah. Orang Malaysia perlu diterima, waima kerajaan atau pembangkang. Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan.

‘Orang PKR berharap keluar muka depan di akhbar Umno dan ini perkara mudah. Kita hanya membazir masa. Kita patut tahu akhbar dimiliki oleh parti tidak akan memihak parti lawan’, katanya semalam.

Namun, kata Abd Jalil, rakyat tidak boleh menyalahkan hal itu dan rakyat perlu terima. Katanya, apa yang dibimbangkan dan masalah yang patut direnung apakah peranan media tidak kira arus perdana atau tidak laporannya itu memberi kesan kepada proses pengundian yang perlu dibincangkan.

Sementara itu, katanya, beliau tidak pasti sejauh mana peranan akhbar boleh mempengaruhi undi. ‘Saya tidak pasti perangkaan menunjukkan jika membaca akhbar arus perdana akan memilih Umno,’ katanya.

Hakikatnya, Abd Jalil berkata, pastinya ada sedikit kesan, namun perlu diterima bahawa rakyat telah membuat keputusan terlebih dahulu. Katanya, kajian boleh dilakukan sama ada oleh Merdeka Center dan boleh buat kesimpulan adakah peranan media pengaruhi corak pengundian rakyat.

‘Dalam era siber ini, katanya, semua orang boleh jadi media. Persoalannya apakah yang dibaca itu mempengaruhi anda untuk memangkah pembangkang atau kerajaan,’katanya.

Menjawab pertanyaan moderator, perlukah media dimiliki parti politik. Namun beliau berpandangan, dengan tidak memberi ruang kepada pihak lawan akan menyekat rakyat mendapat maklumat.

Sumber: Sinar Harian

Pesanan Untuk Orang Muda

pemuda kita

Wahai orang muda berumur, kalian mungkin dilihat dominan dengan sesuatu sifat, sikap dan pendirian pada hari ini.

Namun ketahuilah, statistik menunjukkan tempoh 10 tahun mendatang adalah SANGAT KRITIKAL menetapkan SIAPA DIRIMU.

10 tahun yang bakal MEMBERIKAN pelbagai pengalaman dan ilmu pelbagai yang MAMPU MENGUBAH seseorang dari baik kepada kurang, dari buruk kepada baik, dari jahil kepada berilmu, dari berilmu kepada menggadainya untuk pangkat dan kedudukan.

Anda SEDANG BERADA dalam FASA KRITIKAL menentukan siapa dirimu untuk jangka lebih panjang. TELITI dan MUAHASABAH kelilingmu, pasanganmu, rakanmu, kerjayamu, ilmumu, gurumu, minatmu, bacaanmu, makananmu, pendapatanmu dan banyak lagi. KERANA ITU SEMUA MEMBERI KESAN. Sama ada jalan seterusnya akan lurus atau bengkok.

Apa kunci konsisten atas kebaikan dan kesolehan ?

Jawabnya, hayatilah sungguh-sungguh doa dalam al-fatihah yang kerana itulah kita perlu mengulangi sebanyak yang mampu dalam solat walau rasa diri sudah perolehi hidayah.

Sumber: Diedit dan diubah dari fb ustaz zaharuddin.net

5 Tip Mudah Untuk Berfikiran Positif

berfikir positif

Dalam pada itu, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 5 tip mudah untuk membina fikiran yang positif:

1.       Membaca Buku

Tip pertama untuk membina pemikiran yang positif adalah dengan membaca buku. Buku yang dimaksudkan di sini adalah buku yang berbentuk motivasi dan juga buku mengenai bidang yang kita ingin berjaya itu. Sebagai contoh, jika kita ingin menjadi seorang yang berjaya di dalam pelaburan hartanah, maka kita perlu sentiasa mencari buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan hartanah yang boleh kita baca dengan tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai bidang tersebut. Selain itu, buku-buku motivasi am yang akan membakar semangat kita untuk terus berjaya juga amatlah sesuai untuk kita baca. Elakkan daripada membaca buku-buku yang berbentuk hiburan atau tidak berkaitan dengan bidang yang kita minat itu.

2.       Kurangkan Menonton Televisyen

Tip ini pernah saya dengar sebelum ini daripada Mentor Jutawan – Azizi Ali dan ianya dikuatkan lagi apabila disebut oleh Dr. Ibrahim semasa seminar beliau ini. Individu yang ingin berjaya perlu mengurangkan masa dirinya menonton televisyen. Sebenarnya menonton televisyen terutama sekali apabila kita menonton rancangan hiburan adalah tidak membantu sama sekali kepada kita untuk berjaya. Oleh itu, elakkanlah daripada menonton rancangan televisyen yang tidak memberikan manfaat kepada kita. Keep Reading →

Kenapa Perlu Jadi Orang Kaya ?

Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku tentang menjadi orang kaya.

Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert Kiyosaki
Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym

Aa Gym vs Trump Kiyosaki

Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu dari sudut yang berbeza.

Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki

Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi dunia pada masa akan datang.

Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan miskin. Keep Reading →