Cara Berjaya Dalam Kerjaya

cara berjaya dalam kerjaya

Adakah pernah sebelum ini kita berfikir kenapa orang yang berjaya dalam kerjaya mereka boleh menjadi kaya, manakala setengah yang lain pula tidak berubah malah terus merosot dan menjadi semakin miskin?

Bagi yang berjaya, kita ingin mengetahui apakah factor- faktor yang menyebabkan mereka ini telah berjaya?

  • Apa yang sebenarnya menjadikan motivasi kepada diri mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain?
  • Kalau diperhatikan, orang yang berjaya mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu. Salah satu dari ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka ini merupakan pengurus masa yang baik.
  • Mereka menghabiskan masa di pejabat secara efisyen kerana mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka hanya untuk bekerja. Mereka mencintai apa yang mereka lakukan. Keep Reading →

Sabar Dalam Ujian

sabar dengan ujian

Subuh menjelma selepas hari gelap. Segala makanan terasa amat sedap setelah kita melalui kelaparan. Kita terasa amat lega terjumpanya tandas setelah menahan diri dari  membuang air sekian lama. Semua di atas ada hikmahnya.

Semua ini terjadi kerana Allah ingin menyedarkan kita untuk bersabar dalam mengharungi segala ujian-Nya, kerana semuanya adalah untuk mendapat ganjaran Allah atau menginsafkan dosa kita pada akhirnya.

Oleh itu, umat Islam digesa sentiasa berusaha, sentiasa mencuba, rajin dan tabah untuk keluar daripada sebarang kemelut ujian Allah.

Kerana semua ini akan menekadkan dan mendekatkan jiwa dan semangat kita dan taqwa kita kepada Allah. Jangan putus harap, jangan putus asa, teruskan mencuba dan ingatlah Allah selalu dan Senyum, insha- Allah kita akan jumpa cahaya.

Sumber: Buku Senyumlah