Mutiara Kata Pagi: Banyak Tidur Tanpa orang Gagal dari Hisyam Den

Mutiara Kata Pagi:  Banyak tidur tanpa orang gagal dalam kehidupan mereka dari Hisyam Den Assalamualaikum, hari ini tips saya pendek sahaja. Iaitu rahsia kegagalan. Apakah rahsia yang menyebabkan seseorang itu gagal dan tidak mencapai apa yang dikehendaki dalam hidupnya. Apa yang membuatkan seseorang itu tidak berjaya.

Rahsianya adalah:

“Rahsia kegagalan adalah tidur lebih daripada 8 jam sehari. Cuba lihat orang yang berjaya dan berapakah jam yang digunakan untuk tidur. Rata-rata orang dewasa tidur sekitar 5 hingga 7 jam sahaja sehari.”

Tips yang sama telah dikongsi oleh beberapa buku yang pernah dibaca dan beberapa tokoh yang telah melakukan kajian dan dianalisis. Bangunlah awal dan mulakanlah bekerja. Sebab itulah agaknya dikatakan murah rezeki. Keep Reading →

Hanya Cinta Pertama

Yang mana satu pilihan anda, antara buah yang sedia jatuh berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok? Tentunya ramai yang akan lebih memilih yang di atas berbanding yang di bawah.

Demikian lah juga dengan saya. Akan memilih yang di atas dari yang di bawah. Kerana apa? Kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang.

Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati kita. Keinginan untuk mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi jangan kita lupa, fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk arah sebenar perjalanan sebuah cinta suci.

Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci? Adakah seperti cintanya Romeo dan Juliet? Atau umpama cintanya seorang penyair Arab yang menyintai seorang wanita bernama Laila? Sehingga ia digelar “Laila Majnun” oleh masyarakat waktu itu kerana cintanya yang menggunung? Begitukah cinta suci yang kita inginkan?

Cinta suci meletakkan Allah sebagai ‘matlamat’tertinggi. Cinta sesama makhluk cuma sebagai ‘alat’. Alat untuk mencapai matlamat meraih kasih sayang dan redha Allah SWT. Untuk itu, sebelum terjebak dalam cinta, seharusnya kita berusaha ‘menjadi diri yang tepat untuk mencintai’ sebelum bersantai-santai ‘mencari diri yang tepat untuk dicintai’. Semua ini tidak dapat lari dari ‘hukum tarikan cinta’ –sunnatullah yang tidak dapat diingkari. Saling cinta menyintai, saling lengkap melengkapi. Keep Reading →

Panduan Soalan Peperiksaan Akauntan W41

PANDUAN SOALAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

“Kenapa anda perlu menjadi seorang pegawai kerajaan?”

Ramai yang mengimpikan kerjaya sektor awam tapi kenapa ya? Ramai juga yang pergi exam tapi GAGAL. Walaupun anda mungkin pernah dipanggil untuk mengambil peperiksaan sebelum ini dan gagal, namun jangan berputus asa kerana kerana kalau dah rezeki anda, tak ke mana!

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan – kelebihan ini:

1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 60 TAHUN (kuatkuasa 2013)
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan – kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut – berebut untuk memohonnya.

Untuk tahun 2012 ini, hanya dengan lulus atau melepasi peperiksaan bertulis Kemasukan Perkhidmatan Awam sahaja mampu mejamin anda untuk teruskan perjuangan anda menjadi seorang pegawai sektor Awam. Keep Reading →

3 Hal Yang Harus Dilakukan Sebelum Interview

Bagi seorang fresh graduate yang ingin menghadapi interview pastilah mengalami kebingungan, apa yang sebaiknya dia lakukan. Berikut berikan tips mudah bagi anda yang baru pertama kali mengikuti proses interview di sebuah perusahaan atau syarikat.

1. Penampilan

Penampilan memainkan peran penting dalam proses interview ini. Kesan pertama adalah kunci apakah anda akan diterima bekerja di perusahaan tersebut atau tidak. Jadi sangat disarankan bagi anda sebelum berangkat interview, pastikan bahawa penampilan anda sudah sempurna dan sesuai dengan budaya perusahaan yang mengundang anda.

2. Bahasa tubuh

Penggunaan bahasa atau gerak tubuh diperlukan untuk membuat jawapan yang anda berikan nampak lebih menarik dan terlihat ekspresif. Perlu diingat, dalam penggunaan bahasa tubuh gunakan secara wajar, jangan terlalu berlebihan.

3. Kumpulkan Informasi

One more things, cari informasi mengenai perusahaan yang mengundang anda untuk interview, mulai dari latar belakang, bisnes hingga alamatnya. Pelajari juga deskripsi kerja jabatan yang anda pohon, supaya anda tidak pening jika nanti ditanya fungsi kerja dari pekerjaan itu.

Selamat mencuba, semoga berjaya.

Motivasi Dan Nilai Diri

Tulisan kali ini saya letakkan nilai air mati kehampaan, pendustaan, kerapuhan dan penuh persoalan. Manakan tidaknya, sebagai manusia fitrahnya akan sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik yang menjadi tunjang ke arah satu kehidupan yang baik. Persoalannya adakah kita membina penghidupan yang baik? Kehidupan biasa mungkin hanya cukup sekadar makan, pakai, tidur, kerja dan pelbagai urusan lain. Tapi penghidupan yang memerlukan daya usaha yang lebih iaitu sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Antara motivasi dan nilai diri mesti seiring. Jika lagu ia diibaratkan sebagai nada dan irama. Jika jari kita ibaratkan seperti isi dengan kuku. Jika badan kita ibaratkan ia seperti kulit dan daging. Keduanya saling bersangkutan. Dahulu, apabila ada orang bertanyakan saya tentang kenapa berhenti menulis buat seketika, jawabnya kerana saya diuji dengan apa yang saya tulis. Ya, atas asbab itulah saya berhenti menulis.

Bagi saya nilai diri seseorang bergantung terhadap penyerapan dan penghasilan ubat bernama “motivasi”. Tidak kira samada ia berbentu inside out atau outside in. Semuanya harus saling bergantungan. Sebagai umat islam, saya merasakan kita patut membinanya daripada luar ke dalam dan barulah kita dapat menghasilkan motivasi dalam ke luar. Ini yang dikatakan kitaran motivasi. Keep Reading →

10 Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-ubatan

1. Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Keep Reading →

Kewangan kini, kesihatan akan datang

Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.

Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.

Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi.

Sumber: irfankhairi.com