Itulah CINTA

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA. Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!

Sumber: Diarihati.Com

Ingin Menjadi Agen Bisnes Prepaid a.k.a Topup

Ingin Menjadi Agen Bisnes Prepaid ? Kali ni saya membuka peluang perniagaan bagi sesiapa yang ingin menceburi dunia perniagaan melibatkan bisnes prepaid a.k.a. topup. Sememangnya anda sedar bahawa semakin bertambah jumlah pengguna telefon bimbit menurut Sumber Utusan Online pada tahun 2010.

Utusan Malaysia melaporkan jumlah penduduk Malaysia terkini mencecah 27,565,821 orang berdasarkan maklumat Bancian Penduduk dan Perumahan Tahun 2010. Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.


Daripada jumlah itu terdiri daripada 14,112,667 orang lelaki dan 13,453,154 orang perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus. Semasa tempoh bancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara. Laporan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan dengan itu, untuk pengetahuan anda, jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan telefon bimbit semakin meningkat. Malah, statistik mengatakan bahawa, penduduk Malaysia menambah nilai akaun kredit atau prepaid mereka sekurang-kurang RM40 sebulan.

Oleh itu, saya ingin memberi peluang kepada anda yang berminat menjadi agen topup. Sekiranya anda merupakan seorang pelajar universiti atau tinggal di sebuah taman. Anda berpeluang untuk menjana keuntungan lumayan daripada jualan topup setiap hari. Maklumat lanjut layari www.bisnestopup.com

Umur 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

Nurliyana Mohd Yusof, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong Baling Kedah pelajar genius pada umur 23 tahun beliau mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang ekonomi telah mengejutkan seluruh penduduk kampungnya.

Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD. Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana.

“Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada wartawan.

Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,”

Sumber: Sinar Harian Online

Albert Einstein Saintis yang terkemuka di dunia

Gurunya sering mengatakan dia adalah cacat otaknya (mentally retarded). Dia tidak pernah memakai setokin dan selalu lupa memotong rambut. Pada masa dewasanya, dia telah menjadi seorang saintis dan profeser yang tidak ada orang yang setanding dengannya pada zaman tersebut.

Ia menguasai banyak bidang termasuk matematik, fizik, astronomi dan lain-lain. Ia terkenal dengan penjelasan teorinya “the relativity of time ” iaitu mengenai alam semester yang bersandarkan prinsip bahawa pengukuran ruang dan masa adalah sama.

Hanya beberapa orang sahaja di dunia yang mampu memahami penjelasan teorinya kerana memerlukan asas matematik dan fizik yang kukuh. Hanya segelintir manusia yang setanding dengan ilmunya.

Nasib baik guru-gurunya yang mengutuknya semasa ia bersekolah tidak hidup lagi semasa ia terkenal sebagai orang yang terbijak di dunia, jika tidak mereka terpaksa menelan kata-kata kesat yang mereka melontarkan atasnya.

Kesimpulannya, walaupun pada zaman kanak-kanak dianggap kurang cerdik dan dihina oleh orang termasuk guru-gurunya sendiri. Albert Einstein tetap berusaha untuk memajukan dirinya. Oleh itu kepada adik –adik yang masih berada dibangku sekolah yang merasakan bahawa dirinya lemah dalam bidang akademik, tidak boleh berfikiran negatif tentang masa hadapan. Kita perlu terus berusaha untuk memajukan diri sendiri kerana setiap individu ada keunikan dan kekuatan tersendiri.

Bersama Dr Tengku Asmadi Cabar Diri Untuk Berjaya

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan. Keep Reading →

Objektif iluvislam Bukan Untuk Ajak Ummah ‘Masuk’ PAS, PKR atau UMNO

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, dakwah adalah usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.

Seorang cerdik pandai Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah, 5 tahun lepas, semasa saya dan 4 orang ‘co-founders’ iluvislam yang lain merancang untuk memulakan satu usaha dakwah online (kami di minggu-minggu akhir pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM), tujuan kami hanyalah satu; dakwah! Keep Reading →

Pekerja tak mahir lebih kerap lompat kerja

KUALA LUMPUR — Kecenderungan lompat kerja lebih kerap berlaku di kalangan pekerja tidak mahir serta buruh di ladang, restoran, dan kilang, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Katanya, lompat kerja juga sering berlaku di kalangan pencari kerja generasi muda, terutama mereka yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sumber Manusia Kebangsaan di sini semalam, menteri itu berkata, antara sebab berlaku hal itu ialah kurangnya peluang untuk meningkat maju dalam kerja mereka.

“Saya rasa ini adalah masalah sikap yang perlu kita perbetulkan. Memang benar kita mempunyai banyak pekerjaan dan peluang di Malaysia tetapi terpulang kepada generasi muda menggunakan peluang ini,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Kosmo Online