Panduan Memilih Bakal Isteri (Sambungan)

Salam Sejahtera…

Seperti yang telah dijanjikan, kali ini ialah sambungan daripada post yang lepas iaitu Panduan Memilih Bakal Isteri. Artikel ini dipetik dan diubahsuai daripada kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga ia dapat memberi input yang berguna kepada pembaca blog ini.

Kelima: Subur ( tidak mandul )

Hendaklah mencari wanita yang dapat melahirkan anak yang ramai. Oleh itu sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya adalah seorang yang mandul, sebaiknya batalkan sahaja niat untuk mengahwininya.

Keenam: Gadis

Hendaklah wanita itu anak dara bukan janda. Dalam perkara ini Rasullah pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana ia mengahwini seorang wanita janda:

“Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu.”

(Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Keturunan yang baik.

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik dan ini bermakna wanita itu berasal dari ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan, sebab  wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh anak-anaknya dengan adab sopan yang terpuji.

Kita tentu maklum bahawa apabila wanita itu kurang baik didikannya, tentunya tidak dapat mendidik dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Pendidikan serta ajaran yang diberikan pada anak-anaknya mungkin didikan dan ajaran yang tidak baik juga.

Kelapan: Bukan dari keluarga yang terdekat.

Hendaklah wanita itu bukan dari keluarga yang terdekat, sebab perkara itu mungkin dapat mengurangkan syahwat.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Panduan Memilih Bakal Isteri

Salam Sejahtera…

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini, tentang panduan memilih bakal isteri yang saya petik dari kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga perkongsian ini mampu memberi panduan kepada golongan lelaki muslim ( termasuk saya sendiri ) tentang ciri wanita yang akan dikahwini mengikut perspektif Islam. Terdapat lapan perkara, walaubagaimanapun untuk kali ini saya hanya berkongsi 4 sahaja dan selebihnya akan dikongsi pada entry yang akan datang.

  1. Agama
  2. Budi Pekerti
  3. Kecantikan
  4. Ringan Mas Kahwin (mahar)nya.

Pertama: Hendaklah wanita itu seorang yang solehah dan kuat agamanya. Ini merupakan asas yang utama sekali dan inilah yang mesti diperhatikan dan diteliti. Oleh sebab itu Rasulullah menganjurkan apabila kita hendak berkahwin, maka carilah yang benar-benar kuat agamanya. Ini benar-benar ditekankan sebagaimana sabdanya:

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya  dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang   kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu”

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kedua: Carilah wanita yang baik budi pekerti, sebab apabila isteri banyak bercakap, apalagi yang suka menutup nikmat dan kurniaan Allah. Maka sudah pastilah bahayanya akan lebih besar daripada manfaatnya. Salah satu ujian yang diberikan oleh  Allah kepada para kekasihnya ialah sabar dan tabah atas ucapan yang dkeluarkan oleh isteri-isterinya Keep Reading →