Apa itu Kejayaan Akademik

Salam Sejahtera..

Kejayaan Akademik ialah kejayaan yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang
pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar tersebut berada di sekolah Menengah
kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan penggal ataupun keputusan PMR, SPM
dan juga STPM.

Manakala bagi pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi
pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada kuputusan Grade Point
Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average ( CGPA ).

Peperiksaan merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan
yang telah dilakukan oleh setiap pelajar sebelum peperiksaan tersebut diadakan.
Persiapan yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan.

Oleh yang demikian, setiap pelajar haruslah berusaha dengan sebaik mungkin untuk
melaksanakan persiapan untuk sesuatu peperiksaan.

Sekiranya pelajar berusaha dengan penuh komitmen nescaya kecemerlangan akademik akan menjadi milik anda semua.

Nak berjaya hanya STUDI sahaja..

S: SYUKUR, SOLAT, SABAR, SALAWAT, SADAQAH, SUCIHATI, SILATURAHIM.

T: TAUBAT (rezeki sempit kalau banyak dosa), TAWAKKAL, TEKUN, TERSENDIRI (jadi diri sendiri), TENANG (hanya dengan berzikir jiwa akan tenang)

U: UBAH (CHANGE BAD to GOOD to BETTER to BEST), USAHA, ULANGKAJI (homeworks, knowledge), UKUR DIRI (muhasabah)

D: Dedikasi, Determinasi, Disiplin, Doa

I: Ingat Allah, Ingat Rasul, Ingat Ibubapa, Ingat Masa Depan (Ingat Mati), ISTIQOMAH, IMPLEMENTASI (ACTION, DO)

Buluh Cina

 

Salam Sejatera…

Kali ini saya akan menceritakan kepada anda tentang satu kisah seorang penanam buluh cina yang menanam buluh di ladangnya di negara China. Penanam buluh ini kemudian menunggu buluh itu mengeluarkan hasil.

  1. Tahun pertama tiada apa yang tumbuh.
  2. Pada tahun kedua masih lagi tiada apa yang tumbuh.
  3. Tiga tahun sudah berlalu pun begitu juga.
  4. Sudah empat tahun pun masih tak tumbuh.

Akhirnya pada tahun kelima, terdapat berjuta-juta batu sistem akar di bawah tanah dan apabila buluh itu tumbuh, ia tumbuh lebih daripada sekaki sehari. Dalam masa enam minggu sahaja, tingginya lebih daripada enam puluh kaki.

Jadi petani itu menuai buluh itu dan menjadi kaya-raya. Apa yang pengajaran yang kita dapat dapat daripada cerita ini ?

Kejayaan yang luar biasa didahului oleh persediaan mental yang luar biasa, walaupun tidak kelihatan.

Merancang Perjalanan Anda

Salam Sejahtera…

Anda perlu mengatur perjalanan kehidupan anda dengan begitu teratur sekali. Ini adalah perjalanan yang paling penting dalam hidup anda dan sudah tentu anda mahu merancang perjalanan atau merancang proses menuju matlamat hidup anda dengan cara saintifik.

Disini saya cuba berikan satu analogi, jika anda hendak mengubah diri anda untuk menjadi lebih baik. Bayangkan sekarang anda adalah seorang arkitek. Apakah langkah yang perlu diambil oleh seseorang arkitek untuk membina semula sebuah bangunan ? :

  1. Menentukan apakah yang ingin anda capai.
  2. Memikirkan perkara-perkara ingin anda capai.
  3. Memikirkan perkara-perkara yang ingin dialih daripada bangunan itu supaya anda dapat melaksanakan rancangan untuk pembinaan semula.
  4. Anda perlu memusnahkan sesuatu sebelum anda mula membina semula bangunan baru.

Cuba kaitkan proses diatas dengan rancangan yang anda ikuti di dalam membina semula kehidupan anda. Anda akan membuat keputusan apakah yang anda tidak ingin sebelum menentukan apakah yang anda mahu. Seterusnya, menulis rancangan anda di atas sehelai kertas supaya anda dapat mengkaji dan menyempurnakannya.

Sekian sahaja untuk kali ini.