Cara-cara Membentuk Sikap Positif

 

Salam sejahtera..

Kali ini kita akan membincangkan tentang motivasi diri sikit iaitu cara-cara membentuk sikap positif yang saya petik dari buku Panduan dan Strategi Motivasi Diri. Pembentukan sikap positif adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan diamalkan mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat. Cara berikut boleh dijadikan panduan dan membantu seseorang itu memupuk, membentuk dan mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan:

Pertama: Mulakan setiap hari dengan tabiat yang positif seperti bersyukur kerana masih boleh meneruskan kehidupan, senyum, ceria, mendengar berita yang positif seperti mendengar berita, mengucapkan salam atau selamat sejahtera kepada orang lain.

Kedua: Baca sesuatu yang boleh memberi ispirasi sama ada dalam bentuk ayat, perkataan, mesej atau cerita, buku, laman web dan sebagainya. Ini turut memberi semangat dan keyakinan diri di samping memupuk sikap positif.

Ketiga: Bertemu dan bergaul dengan mereka yang turut mempunyai sikap yang positif termasuklah mereka yang boleh memberi galakan, kata-kata perangsang, inspirasi dan dorongan.

Keempat: Buatlah yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru. Tanamkan komitmen dan dedekasi dalam apa sahaja perkara yang dibuat.

Kelima: Menghargai setiap apa yang ada disekeliling seperti di tempat kerja, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam…