Keusahawanan

 

Salam Sejahtera…

Sudah lama rasanya, saya tidak menulis entry baru di blog ini. Kali ni kita akan membincangkan  tentang apa sebenarnya usahawan. Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’.

Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu  pekerjaan. Keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji.

Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya. Walaupun begitu keusahawanan tetap menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. Walaubagaimanapun bidang keusahawanan bukan sesuai untuk semua orang. Untuk menjadi seorang usahawan berjaya kita perlu mempunyai ilmu dan kemahiran.

Sekian dahulu untuk kali ini.