Produk Fizikal atau Produk Digital

Terdapat dua jenis produk popular yang dijual di internet iaitu produk fizikal dan produk digital. Kebanyakkan usahawan internet di negara kita lebih gemar menjual produk digital.Hal ini kerana produk digital mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi daripada produk fizikal.

Walaubagaimanapun pada pemerhatian saya, tidak kira seseorang usahawan internet  itu memilih untuk menjual produk fizikal atau digital, kita perlu memberikan 100% komitmen  kepada usaha yang dilakukan barulah pengorbanan yang dicurahkan  dalam perniagaan itu akan membawa hasil yang lumayan kepada seseorang usahawan tersebut. Keep Reading →

Mengenal Pasti Pasaran

Untuk menjalankan perniagaan internet anda hendaklah mengenalpasti “target market” atau pasaran sasaran anda. Adakah anda inginkan target market dalam negara atau luar negara. Oleh itu anda perlu menjalankan sedikit kajian untuk menentukan siapa bakal pelanggan anda.

Anda perlu melakukan sedikit kajian untuk mengetahui permintaan dan penawaran untuk perniagaan internet anda. Siapa bakal pesaing dan siapa yang bakal membeli produk yang anda tawarkan dalam perniagaan yang anda lakukan.

Dalam perniagaan internet, kajian pasaran biasanya tertumpu kepada maklumat Search Engine (enjin carian). Ia adalah alat utama yang digunakan oleh pengguna internet untuk mencari maklumat atau produk yang mereka mahukan. Keep Reading →

Apakah Program Affiliate

Salam semua…

Kali ni kita berbincang tentang program Affiliate. Sebenarnya dengan menyertai program affiliate kita bertindak sebagai jurujual dan seterusnya akan mendapat komisen daripadanya hasih jualan yang dibeli oleh pelanggan melalui laman web kita.

Affiliate adalah program menjana pendapatan tanpa menghasilkan produk . Komisen dibayar oleh pihak yang memiliki produk. Contohnya, saya mempunyai satu produk affiliate bagi meminta anda menjual produk itu. Produk itu berharga RM 100. Setiap jualan yang anda lakukan akan menerima RM 50 sebagai komisen. Keep Reading →

Teori Motivasi

Hari ini saya akan berkongsi ilmu tentang teori motivasi. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermakna bergerak. Oleh itu istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan suatu tingkah laku. Apabila bercakap berkenaan motivasi, pakar-pakar psikologi mengkaji motivasi daripada tiga sudut di mana mereka cuba memahami motivasi daripada tiga persoalan.

Pertama, pakar-pakar psikologi cuba melihat sejauh mana individu itu sanggup menggunakan tenaganya bagi melakukan suatu perbuatan. Contohnya seorang pelajar gigih berusaha belajar untuk mendapatkan result yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengapa perbuatan itu kuat dilakukan ataupun sebaliknya. Aspek ini disebut keamatan. Keep Reading →

Falsafah Seorang Usahawan Online

Kita sedang berada dalam zaman baru perniagaan online. Keusahawan online sedang merebak di seluruh dunia tetapi bukan semua orang sesuai untuk terlibat dalam perniagaan online. Perkara yang menarik tentang perniagaan online ialah ia mampu menjana 60 peratus hingga 70 peratus keuntungan bersih. Sekiranya anda memang merancang hendak membina perniagaan online anda perlu mendengar nasihat daripada mereka yang berpengalaman.

Di Malaysia perniagaan online tercetus apabila terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya. Irfan Khairi telah menulis buku pertamanya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang merupakan buku bahasa Melayu pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet. Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia mula membuka mata. Keep Reading →