Wanita dan Pengajaran Dari Pohon Semalu

pohon semaluSalam Sejahtera..

Alam sekeliling, seperti pokok – pokok, sungai dan rumput sebenar memberi kita pengajaran tertentu jika kita meneliti dan mengkaji dengan menggunakan minda dan hati yang tenang.

Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang malu. Kisah antara Rasullullah dan puteri baginda Fatimah r.a. Pada suatu hari, Rasullullah berjalan – jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka  berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada Ayahdanya apakah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata – katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek: Continue reading

Posted in Motivasi Kehidupan | Tagged , | Leave a comment

Kisah Benar Pomen Putus Tunang

spanar

Cerita Pomen Putus Tunang ini penulis dapat dari laman sosial wechat peribadi penulis.

Semoga pembaca Klinik Motivasi Com dapat mengambil teladan dan pengajaran daripada cerita ini. – Hisyam Den

“Kau okay ke ?
Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut.

“ Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.
Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang – kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari.

Fikiran entah kea mana. Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”Aku terkejut.“Biar betul ? Kan dah 3 tahun kau kenal dia ? Takkan senang – senang saja dia tinggalkan kau.”

“ Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“ Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa – biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama. Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Motivasi Cinta, Motivasi Diri | Tagged , , , | Leave a comment